Thursday, September 8, 2011

Blog ku dijengah kembali

Selepas beberapa bulan, tahun sebenarnya, saya terasa untuk menjengah blog saya ini. Saya mulakan blog ini pada mulanya adalah untuk minat saya terhadap bolasepak atau lebih umum terhadap sukan. Namun disebabkan kesibukan saya menghadapi peperiksaan akhir universiti dan juga permulaan kerjaya saya menyebabkan saya tidak dapat update blog ini.

Dalam tempoh hampir dua tahun saya tidak menjengah ke blog ini, Lee Chong Wei sudah pon menang All England yang kedua dan juga layak ke akhir Sukan Asia dan juga Kejuaraan Dunia namun tewas kedua-duanya di tangan Lin Dan.

Namun pencapaian skuad bolasepak negara yang memenangi Piala AFF Suzuki yang pertama mengatasi segala pencapaian cemerlang yang dialami oleh sukan- sukan lain.

Aksi Pandalela Rinong yang berjaya menempatkan diri dalam senarai pemenang pingat di Sukan Universiti Dunia dan Kejohanan Remaja Dunia amat membanggakan semua peminat sukan. Maka tinggilah harapan peminat terhadapnya untuk sekurang-kurangnya memperoleh pingat di Olimpik tahun hadapan.

Tidak ketinggalan juga kejayaan yang diperolehi oleh Azizul Hasni Awang, Datuk Nicol David dan juga atlet-atlet lain yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat Asia mahupun Dunia.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment